Foto 1: Sumuni / Sumandak Rungus (anak gadis rungus) dengan pakaian tradisi mereka.
(Oleh: Nikh J)
Masyarakat rungus merupakan salah satu etnik yang kebanyakan tinggal di daerah Kudat merangkumi Pitas dan Kota Marudu. Masayarakat Rungus pada asalnya merupakan masayarakat petani yang menanam padi, jagung, segala jenis ubi kayu dan pelbagai jenis sayur-sayuran selain menternak binatang seperti ayam , kerbau dan lain-lain.
Pakaian tradisional masyarakat Rungus mempunyai pelbagai warna yang mampu menambahkan seri si pemakai.Bagi kaum Rungus , banat yang merupakan pakaian yang ketat dari paras bahu hingga ke paras pinggang dan dijahitkan dengan sehelai kain empat segi serta diletakan butang. Pada bahagian tengah kain itu dibuat satu belahan untuk memudahkan bahagian kepala memasuki banat.
Kain empat segi pula dibiarkan jatuh menutupi bahagian bahu.Corak banat merangkumi pelbagai jenis motif dan ini termasuklah seperti corak berlian, segi tiga, cangkuk dan zig-zags. Pada bahagian tengah banat pula biasanya diletakkan motif berbentuk manusia lelaki dan wanita dalama satu kotak segi tiga.Pada setiap sudut segi tiga itu pula diletakan motif berbentuk cicak hitam di atas padang yang berwarna putih.
Selain dari banat, “ tapi “ juga merupakan pakaian tradisional kaum wanita Rungus. Tapi adalah kain panjang yang melepasi paras lutut dan berwarna hitam . Ia diperbuat daripada benang kapas yang ditenun sendiri oleh kaum wanita Rungus.Tapi terbahagi kepada dua jenis iaitu tapi sinambitan dan tapi tinongkupan.Tapi sinambitan hanya dipakai oleh kaum wanita rungus yang memiliki status atau darjat social yang tinggi . Manakala tapi tinongkupan dipakai oleh golongan wanita dari orang kebanyakan.Bagi paderi wanita (priestssess) mereka memakai tapi dengan lonceng tembaga yang berat dan dijahitkan pada tapi.
Dari segi pemakaian alat-alat aksesori pula, terdapat banyak jenis aksesori yang dipakai oleh kaum wanita rungus ini kumpulan petani,maka kebanyakan aksesori mereka dari bahan-bahan semulajadi yang terdapat di sekeliling seperti kayu, buluh, kulit siput, tempurung kelapa dan sebagainya.
Sulau yang diperbuat daripada kerang laut digunakan oleh kaum wanita Rungus dengan mengantungkan di leher dengan tali yang telah dihiasi dengan manik-manik berwarna-warni dengan rantai . Ganggalong pula merupakan lingkaran tembaga yang dililit ke leher hingga ke bahu dan ukuran panjangnya kira-kira 20 kaki dan garis lintang 18 inci (40cm).Bagiamanapun, dewasa ini ganggalong jarang digunakan dan jika ada pun hanya segelintir kaum wanita rungus yang sudah tua dan tinggal di kawasan pedalaman.
2 comments:
avantang iti info nu. pavasion tokou banal iti gama sukod vagu biano poundorong diti bansa tokou.
kounsapatan tavasi tobpinai
this is my blog but i really forgot the damn password.. crazy me.. huhuhh!!
Post a Comment