13 May 2008

Masyarakat Rungus di Sabah


Foto 1: Sumuni / Sumandak Rungus (anak gadis rungus) dengan pakaian tradisi mereka.

(Oleh: Nikh J)

Masyarakat rungus merupakan salah satu etnik yang kebanyakan tinggal di daerah Kudat merangkumi Pitas dan Kota Marudu. Masayarakat Rungus pada asalnya merupakan masayarakat petani yang menanam padi, jagung, segala jenis ubi kayu dan pelbagai jenis sayur-sayuran selain menternak binatang seperti ayam , kerbau dan lain-lain.

Mereka terkenal dengan hasil-hasil kerja tangan atau kraftangan terutamanya dalam menghasilkan barang-barang yang diperbuat daripada tembaga, seramik, gong dan manik. Sebagai contoh pinakol. Pinakol merupakan susunan mamanik-manik halus yang diselimpangkan didada si pemakai . Ia memiliki corak atau motif manusia , bunga dan binatang seperti cicak.

Pakaian tradisional masyarakat Rungus mempunyai pelbagai warna yang mampu menambahkan seri si pemakai.Bagi kaum Rungus , banat yang merupakan pakaian yang ketat dari paras bahu hingga ke paras pinggang dan dijahitkan dengan sehelai kain empat segi serta diletakan butang. Pada bahagian tengah kain itu dibuat satu belahan untuk memudahkan bahagian kepala memasuki banat.

Kain empat segi pula dibiarkan jatuh menutupi bahagian bahu.Corak banat merangkumi pelbagai jenis motif dan ini termasuklah seperti corak berlian, segi tiga, cangkuk dan zig-zags. Pada bahagian tengah banat pula biasanya diletakkan motif berbentuk manusia lelaki dan wanita dalama satu kotak segi tiga.Pada setiap sudut segi tiga itu pula diletakan motif berbentuk cicak hitam di atas padang yang berwarna putih.

Selain dari banat, “ tapi “ juga merupakan pakaian tradisional kaum wanita Rungus. Tapi adalah kain panjang yang melepasi paras lutut dan berwarna hitam . Ia diperbuat daripada benang kapas yang ditenun sendiri oleh kaum wanita Rungus.Tapi terbahagi kepada dua jenis iaitu tapi sinambitan dan tapi tinongkupan.Tapi sinambitan hanya dipakai oleh kaum wanita rungus yang memiliki status atau darjat social yang tinggi . Manakala tapi tinongkupan dipakai oleh golongan wanita dari orang kebanyakan.Bagi paderi wanita (priestssess) mereka memakai tapi dengan lonceng tembaga yang berat dan dijahitkan pada tapi.

Keadaan ini biasanya dapat dilihat ketika berlakunya upacara meratib,sehubungan itu, motif yang terdapat pada tapi seperti daun pakis, benih sayuran corak seorang wanita mabuk ,corak burung hitam dan sebagainya juga membawa pelbagai maksud dan sejarahnya tersendiri.

Dari segi pemakaian alat-alat aksesori pula, terdapat banyak jenis aksesori yang dipakai oleh kaum wanita rungus ini kumpulan petani,maka kebanyakan aksesori mereka dari bahan-bahan semulajadi yang terdapat di sekeliling seperti kayu, buluh, kulit siput, tempurung kelapa dan sebagainya.

Antara alat aksesori yang dimaksudkan adalah seperti sisingal iaitu serangkaian manik yang teah diadun dan dililit di bahagian kepala sebagai perhiasan. Keduanya titimbok (kain perca yang dililit pada belahan kayu atau bamboo dengan dihiasi oleh manik-manik kecil dan disematkan disimpulan rambut. Selain itu , sadang digunakan. Sadang merupakan subang yang diperbuat daripada tembaga dan berbentuk bulat seperti cincin.

Sulau yang diperbuat daripada kerang laut digunakan oleh kaum wanita Rungus dengan mengantungkan di leher dengan tali yang telah dihiasi dengan manik-manik berwarna-warni dengan rantai . Ganggalong pula merupakan lingkaran tembaga yang dililit ke leher hingga ke bahu dan ukuran panjangnya kira-kira 20 kaki dan garis lintang 18 inci (40cm).Bagiamanapun, dewasa ini ganggalong jarang digunakan dan jika ada pun hanya segelintir kaum wanita rungus yang sudah tua dan tinggal di kawasan pedalaman.

Sasandangon pula atau juga disebut sebagai togkol, merupakan manik-manik besar yang dipakai dengan car diselimpangkan di dada.Seterusnya saring iaitu sejenis gelang tembaga berbentuk lingkaran yang dipakai pada pergelangan tangan hingga ke siku.

(Sumber: Jabatan Muzium Sabah)

2 comments:

The Momogun said...

avantang iti info nu. pavasion tokou banal iti gama sukod vagu biano poundorong diti bansa tokou.

kounsapatan tavasi tobpinai

nikhmedia said...

this is my blog but i really forgot the damn password.. crazy me.. huhuhh!!