Momogun Rungus berada dalam persimpangan "identiti" pada hari ini. Ini kerana pada hari ini, bangsa yang dulunya dikenali "Bangsa Momogun" kini menjadi Bangsa KadazanDusunMurut. Hanya Momogun Rungus sahaja lagi yang masih menggunakan secara rasmi (dalam budaya harian) nama asal bangsa Momogun ini.
Dalam persimpangan IDENTITI yang tercetuskan oleh kepentingan politikus KDM ini lalu di tambah dengan ketidak-tahuan sejarah bangsa sendiri, maka lahirlah kekeliruan yang mendalam bangsa Momogun hari ini tentang Identiti bangsa mereka.
KadazanDusunMurut ini merupakan satu jelmaan yang lahir oleh beberapa sebab iaitu :
Pertama:
Momogun yang sudah beragama Kristian dan Muslim tidak lagi menggunakan nama Momogun ini sejak sebelum merdeka.
Kedua:
Masyarakat Momogun lepas merdeka terlanjur menerima identiti politik mereka sebagai Kadazan dan Dusun. Namun Murut merupakan nama yang tulen dan asli.
Ketiga:
Momogun lebih sinonim dengan budaya lampau seperti "pangazou", "pisangod" dan sebagainya pada zaman dahulu. bagaimana pun Momogun ini adalah sebutan paling tinggi nilainya dalam bahasa Rungus kerana ia merupakan pengenalan bangsa melalui ritual keagamaan. Malah memanggil suku Rungus sebagai Momogun Rungus adalah satu penghormatan bagi kami kerana itulah budaya tradisi kami.
Keempat:
Sebutan Momogun mungkin kedengarannya kurang popular kerana sebutan ini tidak pernah di kompromikan dengan politik sehingga pada hari ini Momogun juga di pakai dalam politik.
Banyak lagi faktor yang menjadikan nama asal bangsa Momogun ini di singkirkan dalam urusan rasmi pada zaman ini. Maka pada hari ini bangsa Momogun lebih di kenali sebagai KDM.
Sungguh pun demikian Momogundari keturunan Aki Rungsud terus menggunakan nama ini sampai selama-lamanya iaitu Momogun Rungus.
(Sumber: Momogunology Research Centre)

2 comments:
Bagi saya sebab mengapa "kejadian" seperti yang ini berlaku adalah disebabkan oleh kita anak jati Momogun Rungus "lupa daratan" seakan-akan tidak mengaku yang kita ini anak Momogun Rungus malah menjadi ketagih menggunakan Kadazan Dusun sebagai ganti identiti bangsa. Jika ditanya "kamu bangsa apa?" Jawapan yang terlintas difikiran adalah "bangsa saya adalah Kadazan Dusun". Semua ini berlaku dalam kehidupan seharian kita jika kita "bersikap" begitu maka sampai bila-bila pun kejadian yang sama akan berulang dan terus berulang. Kunci untuk menghindari semua ini adalah dari dalam diri kita sendiri tanam dalam hati JANGAN MALU MENGAKU DAN MENYEBUT KITA INI BANGSA MOMOGUN RUNGUS. Maka hasil buah pengakuan itu akan menaikkan semula nama bangsa kita dalam masyarakat.
Terima kasih.
bgus tu...harap2 kita bangsa momogun ingat serba sedikit asal-usul jati diri..jangan nanti lupa asal usul sendiri...nice blog ha...
Post a Comment