15 May 2008

PESTA KAAMATAN DALAM KONTEKS MOMOGUN

KALENDER MOMOGUN

Agama Labus mempunyai kalender tersendiri. Dalam tahun Agama Labus, bulan pertama bermula selepas Upacara Kaamatan. Selepas Pesta KAAMATAN maka bermulalah bulan Pertama Agama Lzabus. Bulan pertama biasanya di sambut dengan pesta serta Magahau. Pada bulan kedua, ketiga dan keempat biasanya aktiviti utama adalah di kawasan laut iaitu MUSIM MAGASIN. Musim itu adalah masa menangkap ikan dan membuat GARAM BATU dengan memasak air laut di tempat yang mereka sediakan.

Jadi jelaslah bahawa Pesta KAAMATAN adalah tahun baru pada asalnya bagi bangsa Momogun jika menurut kalender Agama Lzabus.

Tahun ini iaitu 2006 ialah tahun ke-11 dalam Agama Labus. Kitaran tahun mereka adalah 100 tahun. Selepas selesai 100 tahun maka kiraan akan bermula lagi ke tahun ke-1 dan demikianlah pusingan tahun mereka seterusnya. Setiap kali selesai tahun 100 maka akan dimula kiraan tahun ke-1 lagi sebagai penggal seterusnya.

Dalam pusingan 100 tahun itu ada dua perkara yg penting yang mereka rayakan secara RITUAL dan WAJIB. Upacara agama Labus itu ialah UPACARA MAMASI dan UPACARA MANAGAS.

Setelah tumpasnya Sistem Pemerintahan Kesukuan Momogun Laut di bawah kuasa British dengan penangkapan Aki Tumanggung Karantud dan di buang daerah (Aki Tumanggung adalah di kenal sebagai Raja Momogun Rungus terakhir. Aki Tumanggung dibawah British ke Elopura Sandakan sebagai tahanan seumur hidup dalam pembuangan), maka UPACARA MANAGAS sudah 200 tahun lebih tidak di jalankan.

Ini berikutan penangkapan British terhadap Aki Tumanggung Karantud di Kudat. Upacara itu di halang pihak British kerana upacara itu tidak di setujui Undang-Undang British. MANAGAS adalah satu "upacara penyucian TANAH MOMOGUN yg di lakukan oleh nenek moyang sejak di Nunuk Ragang lagi pada zaman purba. Ia adalah satu upacara korban penyucian dan pembebasan baik kuasa asing mahupun segala penyakit. MANAGAS ini juga bertujuan menyucikan segala dosa manusia dan sesiapa yg berlaku jahat iaitu tidak tunduk kepada HUKUM AGAMA LZABVUS akan ditimpa penyakit wabak dan pelbagai malapetaka.

Berikutan gagalnya Upacara Managas oleh Aki Tumanggung Karantud maka British terpaksa berpindah di Sandakan kerana penyakit wabak dan pelbagai masalah menimpa pihak British. Menurut kepercayaan mereka itu berlaku kerana Upacara Managas di halang oleh pihak British.

Penyakit wabak menyerang Kudat dengan luar biasa pada masa itu kerana upacara yg sewajarnya gagal di jalankan. Ramai menjadi mangsa dgn penyakit itu termasuk penguasa British.

Pada hari ini Agama Labus terus di ANUTI oleh sebahagian orang kampung bagi menghormati semangat Kinoringan Mamangun, Mamasi dan Lzumaag yang menjaga bangsa Momogun sejak turun temurun.

Menurut agama ini apabila bangsa momogun di aniaya atau di jajah oleh bangsa lain maka akan berlaku malapetaka yg tidak pernah terjadi di serangan penyakit dan fenomena alam kepada sesiapa yg melakukannya terhadap momogun. Hal ini di katakan oleh Bobohizan Guraumanuk sebagai wasiatnya.

Utk memanggil semangat Lumaag yg menjaga gunung kinabalu maka di perlukan upacara memalu gong 40 hari 40 malam utk tujuan membawa kesejahteraan kepada bangsa momogun. Upacara MIAGUNG / Mitogunggu ini dilakukan dalam kes-kes darurat sahaja sama ada darurat politik, ekonomi atau sebagainya.

Upacara miagung ini dilakukan oleh lelaki iaitu memalu gong selama 40 hari secara berterusan dan upacara komburongoh dijalankan oleh wanita dgn membakar komburongoh dalam dupa persembahan. Seorang bobohizan / bobolzizan ROVUSAN yg layak akan kendalikan upacara ini. Upacara ini adalah satu cara DEMONSTRASI PURBA MOMOGUN yang menurut mereka mampu mengubah keadaan. Upacara ini juga merupakan satu aktiviti "pengundangan semangat-semangat nenek moyang yang bersemadi di TANAH MOMOGUN".

..to be continue..

14 May 2008

Pengenalan Rungus Momogun

Pengenalan

Apakah yang disebut sebagai Rungus? Momogun?

Masih banyak warga Momogun Rungus di luar sana yang tertanya-tanya,di mana asal usul saya? Apa legenda kaum saya? Laman web ini pastinya dapat membuat anda tertanya-tanya tentang apa yang menarik mengenai suku kaum Rungus.Bagi pencinta sejarah dan seni, maklumat yang dipaparkan dalam laman ini sudah pasti dapat mengupas persoalan anda tentang adat resam, kebudayaan, sejarah dan lain-lain lagi mengenai suku kaum Rungus yang terperuk di hujung Borneo ini.

Setiap butiran maklumat yang dipaparkan dalam laman ini amat berharga buat semua khususnya genarasi muda suku kaum Rungus untuk mengenali bangsa mereka sendiri. Jika kita perhatikan di sekeliling kita, kebanyakan generasi muda zaman sekarang sudah hilang identiti bangsa masing-masing. Contoh paling dekat adalah generasi muda suku kaum Rungus yang tidak tahu akan kebudayaan sendiri. Lebih menyedihkan lagi, ada yang langsung tidak tahu berbahasa Rungus sedangkan bahasa itulah yang melambangkan identiti mereka sebagai bumiputera Rungus.

Dalam era globalisasi ini,bangsa Momogun Rungus berada dalam persimpangan identiti. Bangsa Momogun yang dahulunya serumpun kini berpecah menjadi Kadazan Dusun Murut. Hanya Momogun Rungus sahaja yang masih menggunakan nama bangsa Momogun secara rasmi. Dalam persimpangan identiti yang dicetuskan oleh ketidaktahuan sejarah bangsa sendiri,maka lahirlah kekeliruan yang mendalam pada bangsa Momogun hari ini.

Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987) Institut Linguistik S.I.L melaporkan bahasa Rungus dipercayai termasuk dalam bahasa Austronesian keturunan Bornean dari keturunan asal Austronesian.Momogun Rungus kadang-kadang dipanggil sebagai "Momogun", "Dusun Dayak", Melobong Rungus", "Memagun" atau "Memogun" kadang-kadang juga di panggil sebagai "Roongas", "Rungus", "Rungas" dan "Dusun Laut".Semuanya merujuk kepada bangsa Momogun Rungus.

Asal perkataan Momogun di percayai dari segi kepercayaan Agama Labus (pagan) iaitu dari perkataan "PENDUDUK ASAL POGUN NABALU".Momogun diambil dari perkataan POGUN (Dunia). Rungus pula diperolehi sempena nama Aki Rungsud yang mengetuai Pompod Tana setelah diarah oleh Aki Nunuk Ragang.

Menurut mitos Agama Labus Momogun adalah hasil perkataan dari pekerjaan Kinoringan (Allah Pencipta). Ini kerana Kinoringan menaburkan bangsa Momogun di sekitar Gunung Kinabalu (Pampang Nabalu) dengan perkataan yang digunakan "NIASOK". Momogun adalah Asok pertama dan tiada lagi Asok yang lain selain MOMOGUN. Asok bermakna "menabur benih". Menurut kepercayaan itu Momogun adalah Sakag(benih tani) yang ditaburkan seumpama benih pertanian Tuhan sendiri.

Pasok Momogun bermakna "benih atau zuriat tetap bumi di bawah Gunung Kinabalu". Jika orang Momogun menanam padi di ladang mereka menyebutkannya sebagai "MANGASOK". Pasok Momogun merujuk kepada kepercayaan mereka dalam Agama Labus bahawa KINORINGAN sebagai pencipta segalanya di alam semesta dan "Zuriat pertama atau bangsa pertama yang direncanakan oleh Tuhan Pencipta" bagi menghuni kawasan Gunung Kinabalu sehingga ke pesisir pantai adalah Bangsa Momogun.

Momogun adalah satu perkataan yang membawa makna mempunyai kuasa ke atas tanah atau dunia yang Kinoringan mereka berikan pada bangsa mereka. Mereka menganalogikan pekerjaan Kinoringan seperti menabur benih maka jadilah perkataan "PASOK MOMOGUN RUNGUS".

Kita tidak patut persalahkan ibu bapa 100% jika generasi muda sekarang buta tentang adat resam dan kebudayaan bangsa mereka sendiri. Generasi muda ini sepatutnya tahu mengambil inisiatif untuk meningkatkan jati diri bangsa.Seiring dengan kemajuan teknologi perkomputeran dan jaringan maklumat di hujung jari, pencarian identiti bangsa itu sepatutnya bukan hal yang patut diremeh-temehkan.

Oleh yang demikian, laman web ini pastinya memberi jawapan kepada pencarian anda selama ini.Cintai dan peliharalah budaya kita..

Intutunai kondiri, ihimo kivusidwo..
KENALI DIRI, CARI IDENTITI..

13 May 2008

Masyarakat Rungus di Sabah


Foto 1: Sumuni / Sumandak Rungus (anak gadis rungus) dengan pakaian tradisi mereka.

(Oleh: Nikh J)

Masyarakat rungus merupakan salah satu etnik yang kebanyakan tinggal di daerah Kudat merangkumi Pitas dan Kota Marudu. Masayarakat Rungus pada asalnya merupakan masayarakat petani yang menanam padi, jagung, segala jenis ubi kayu dan pelbagai jenis sayur-sayuran selain menternak binatang seperti ayam , kerbau dan lain-lain.

Mereka terkenal dengan hasil-hasil kerja tangan atau kraftangan terutamanya dalam menghasilkan barang-barang yang diperbuat daripada tembaga, seramik, gong dan manik. Sebagai contoh pinakol. Pinakol merupakan susunan mamanik-manik halus yang diselimpangkan didada si pemakai . Ia memiliki corak atau motif manusia , bunga dan binatang seperti cicak.

Pakaian tradisional masyarakat Rungus mempunyai pelbagai warna yang mampu menambahkan seri si pemakai.Bagi kaum Rungus , banat yang merupakan pakaian yang ketat dari paras bahu hingga ke paras pinggang dan dijahitkan dengan sehelai kain empat segi serta diletakan butang. Pada bahagian tengah kain itu dibuat satu belahan untuk memudahkan bahagian kepala memasuki banat.

Kain empat segi pula dibiarkan jatuh menutupi bahagian bahu.Corak banat merangkumi pelbagai jenis motif dan ini termasuklah seperti corak berlian, segi tiga, cangkuk dan zig-zags. Pada bahagian tengah banat pula biasanya diletakkan motif berbentuk manusia lelaki dan wanita dalama satu kotak segi tiga.Pada setiap sudut segi tiga itu pula diletakan motif berbentuk cicak hitam di atas padang yang berwarna putih.

Selain dari banat, “ tapi “ juga merupakan pakaian tradisional kaum wanita Rungus. Tapi adalah kain panjang yang melepasi paras lutut dan berwarna hitam . Ia diperbuat daripada benang kapas yang ditenun sendiri oleh kaum wanita Rungus.Tapi terbahagi kepada dua jenis iaitu tapi sinambitan dan tapi tinongkupan.Tapi sinambitan hanya dipakai oleh kaum wanita rungus yang memiliki status atau darjat social yang tinggi . Manakala tapi tinongkupan dipakai oleh golongan wanita dari orang kebanyakan.Bagi paderi wanita (priestssess) mereka memakai tapi dengan lonceng tembaga yang berat dan dijahitkan pada tapi.

Keadaan ini biasanya dapat dilihat ketika berlakunya upacara meratib,sehubungan itu, motif yang terdapat pada tapi seperti daun pakis, benih sayuran corak seorang wanita mabuk ,corak burung hitam dan sebagainya juga membawa pelbagai maksud dan sejarahnya tersendiri.

Dari segi pemakaian alat-alat aksesori pula, terdapat banyak jenis aksesori yang dipakai oleh kaum wanita rungus ini kumpulan petani,maka kebanyakan aksesori mereka dari bahan-bahan semulajadi yang terdapat di sekeliling seperti kayu, buluh, kulit siput, tempurung kelapa dan sebagainya.

Antara alat aksesori yang dimaksudkan adalah seperti sisingal iaitu serangkaian manik yang teah diadun dan dililit di bahagian kepala sebagai perhiasan. Keduanya titimbok (kain perca yang dililit pada belahan kayu atau bamboo dengan dihiasi oleh manik-manik kecil dan disematkan disimpulan rambut. Selain itu , sadang digunakan. Sadang merupakan subang yang diperbuat daripada tembaga dan berbentuk bulat seperti cincin.

Sulau yang diperbuat daripada kerang laut digunakan oleh kaum wanita Rungus dengan mengantungkan di leher dengan tali yang telah dihiasi dengan manik-manik berwarna-warni dengan rantai . Ganggalong pula merupakan lingkaran tembaga yang dililit ke leher hingga ke bahu dan ukuran panjangnya kira-kira 20 kaki dan garis lintang 18 inci (40cm).Bagiamanapun, dewasa ini ganggalong jarang digunakan dan jika ada pun hanya segelintir kaum wanita rungus yang sudah tua dan tinggal di kawasan pedalaman.

Sasandangon pula atau juga disebut sebagai togkol, merupakan manik-manik besar yang dipakai dengan car diselimpangkan di dada.Seterusnya saring iaitu sejenis gelang tembaga berbentuk lingkaran yang dipakai pada pergelangan tangan hingga ke siku.

(Sumber: Jabatan Muzium Sabah)

12 May 2008

Dilemma Identiti Masyarakat Rungus

Momogun Rungus berada dalam persimpangan "identiti" pada hari ini. Ini kerana pada hari ini, bangsa yang dulunya dikenali "Bangsa Momogun" kini menjadi Bangsa KadazanDusunMurut. Hanya Momogun Rungus sahaja lagi yang masih menggunakan secara rasmi (dalam budaya harian) nama asal bangsa Momogun ini.

Dalam persimpangan IDENTITI yang tercetuskan oleh kepentingan politikus KDM ini lalu di tambah dengan ketidak-tahuan sejarah bangsa sendiri, maka lahirlah kekeliruan yang mendalam bangsa Momogun hari ini tentang Identiti bangsa mereka.

KadazanDusunMurut ini merupakan satu jelmaan yang lahir oleh beberapa sebab iaitu :

Pertama:
Momogun yang sudah beragama Kristian dan Muslim tidak lagi menggunakan nama Momogun ini sejak sebelum merdeka.

Kedua:
Masyarakat Momogun lepas merdeka terlanjur menerima identiti politik mereka sebagai Kadazan dan Dusun. Namun Murut merupakan nama yang tulen dan asli.

Ketiga:
Momogun lebih sinonim dengan budaya lampau seperti "pangazou", "pisangod" dan sebagainya pada zaman dahulu. bagaimana pun Momogun ini adalah sebutan paling tinggi nilainya dalam bahasa Rungus kerana ia merupakan pengenalan bangsa melalui ritual keagamaan. Malah memanggil suku Rungus sebagai Momogun Rungus adalah satu penghormatan bagi kami kerana itulah budaya tradisi kami.

Keempat:
Sebutan Momogun mungkin kedengarannya kurang popular kerana sebutan ini tidak pernah di kompromikan dengan politik sehingga pada hari ini Momogun juga di pakai dalam politik.

Banyak lagi faktor yang menjadikan nama asal bangsa Momogun ini di singkirkan dalam urusan rasmi pada zaman ini. Maka pada hari ini bangsa Momogun lebih di kenali sebagai KDM.
Sungguh pun demikian Momogundari keturunan Aki Rungsud terus menggunakan nama ini sampai selama-lamanya iaitu Momogun Rungus.

(Sumber: Momogunology Research Centre)