15 May 2008

PESTA KAAMATAN DALAM KONTEKS MOMOGUN

KALENDER MOMOGUN

Agama Labus mempunyai kalender tersendiri. Dalam tahun Agama Labus, bulan pertama bermula selepas Upacara Kaamatan. Selepas Pesta KAAMATAN maka bermulalah bulan Pertama Agama Lzabus. Bulan pertama biasanya di sambut dengan pesta serta Magahau. Pada bulan kedua, ketiga dan keempat biasanya aktiviti utama adalah di kawasan laut iaitu MUSIM MAGASIN. Musim itu adalah masa menangkap ikan dan membuat GARAM BATU dengan memasak air laut di tempat yang mereka sediakan.

Jadi jelaslah bahawa Pesta KAAMATAN adalah tahun baru pada asalnya bagi bangsa Momogun jika menurut kalender Agama Lzabus.

Tahun ini iaitu 2006 ialah tahun ke-11 dalam Agama Labus. Kitaran tahun mereka adalah 100 tahun. Selepas selesai 100 tahun maka kiraan akan bermula lagi ke tahun ke-1 dan demikianlah pusingan tahun mereka seterusnya. Setiap kali selesai tahun 100 maka akan dimula kiraan tahun ke-1 lagi sebagai penggal seterusnya.

Dalam pusingan 100 tahun itu ada dua perkara yg penting yang mereka rayakan secara RITUAL dan WAJIB. Upacara agama Labus itu ialah UPACARA MAMASI dan UPACARA MANAGAS.

Setelah tumpasnya Sistem Pemerintahan Kesukuan Momogun Laut di bawah kuasa British dengan penangkapan Aki Tumanggung Karantud dan di buang daerah (Aki Tumanggung adalah di kenal sebagai Raja Momogun Rungus terakhir. Aki Tumanggung dibawah British ke Elopura Sandakan sebagai tahanan seumur hidup dalam pembuangan), maka UPACARA MANAGAS sudah 200 tahun lebih tidak di jalankan.

Ini berikutan penangkapan British terhadap Aki Tumanggung Karantud di Kudat. Upacara itu di halang pihak British kerana upacara itu tidak di setujui Undang-Undang British. MANAGAS adalah satu "upacara penyucian TANAH MOMOGUN yg di lakukan oleh nenek moyang sejak di Nunuk Ragang lagi pada zaman purba. Ia adalah satu upacara korban penyucian dan pembebasan baik kuasa asing mahupun segala penyakit. MANAGAS ini juga bertujuan menyucikan segala dosa manusia dan sesiapa yg berlaku jahat iaitu tidak tunduk kepada HUKUM AGAMA LZABVUS akan ditimpa penyakit wabak dan pelbagai malapetaka.

Berikutan gagalnya Upacara Managas oleh Aki Tumanggung Karantud maka British terpaksa berpindah di Sandakan kerana penyakit wabak dan pelbagai masalah menimpa pihak British. Menurut kepercayaan mereka itu berlaku kerana Upacara Managas di halang oleh pihak British.

Penyakit wabak menyerang Kudat dengan luar biasa pada masa itu kerana upacara yg sewajarnya gagal di jalankan. Ramai menjadi mangsa dgn penyakit itu termasuk penguasa British.

Pada hari ini Agama Labus terus di ANUTI oleh sebahagian orang kampung bagi menghormati semangat Kinoringan Mamangun, Mamasi dan Lzumaag yang menjaga bangsa Momogun sejak turun temurun.

Menurut agama ini apabila bangsa momogun di aniaya atau di jajah oleh bangsa lain maka akan berlaku malapetaka yg tidak pernah terjadi di serangan penyakit dan fenomena alam kepada sesiapa yg melakukannya terhadap momogun. Hal ini di katakan oleh Bobohizan Guraumanuk sebagai wasiatnya.

Utk memanggil semangat Lumaag yg menjaga gunung kinabalu maka di perlukan upacara memalu gong 40 hari 40 malam utk tujuan membawa kesejahteraan kepada bangsa momogun. Upacara MIAGUNG / Mitogunggu ini dilakukan dalam kes-kes darurat sahaja sama ada darurat politik, ekonomi atau sebagainya.

Upacara miagung ini dilakukan oleh lelaki iaitu memalu gong selama 40 hari secara berterusan dan upacara komburongoh dijalankan oleh wanita dgn membakar komburongoh dalam dupa persembahan. Seorang bobohizan / bobolzizan ROVUSAN yg layak akan kendalikan upacara ini. Upacara ini adalah satu cara DEMONSTRASI PURBA MOMOGUN yang menurut mereka mampu mengubah keadaan. Upacara ini juga merupakan satu aktiviti "pengundangan semangat-semangat nenek moyang yang bersemadi di TANAH MOMOGUN".

..to be continue..

1 comment:

The Momogun said...

palan-palan tokou ti pinsan. ong kimasa ko join sid forum dot momogunology research centre
www.momogunology.forumotion.net